Wednesday, October 29, 2014

Giveaway Contest Produk Shaklee Pilihanku

Assalamualaikum

Umie nak buat satu contest giveaway khas untuk anda terutamanya pada anda yang belum pernah mencuba produk shaklee. Beberapa cara dan syarat untuk anda apabila menyertai giveaway ini.

Tujuan giveaway ini dianjurkan adalah untuk mengetahui produk shaklee yang mana 1 yang anda teringin sangat nak cuba dan terbantut untuk mencuba kerana harga produk tersebut. Dengan adanya giveaway ini umie akan beri peluang kepada anda untuk meluahkan perasaan anda yang teringin untuk memiliki produk tersebut.



Syarat Penyertaan:

1. Buat entri khas dengan tajuk "Giveaway Contest Produk Shaklee Pilihanku"
2. Isi kandungan entri:
 - Produk Pilihan Anda
 - Apakah khasiat produk sehingga anda memilih produk tersebut
 - Harapan kepada penganjur untuk memilih entri anda.
3. Penyertaan terbuka kepada semua yang belum pernah menjadi ahli shaklee..
4. Boleh menghantar seberapa byk penyertaan melalui facebook atau blog.
5. Wajib Like Fb Page Athiyyah Hannani dan follow blog ini supaya anda menerima maklumat mengenai pemenang contest dan giveaway seterusnya.
6. Copy gambar Giveaway di entri blog anda semasa membuat entri dan setelah menyertai, anda perlu mengisi maklumat tersebut Borang Penyertaan

Saat di tunggu apabila menyertai giveaway adalah HADIAH
 1. Pemenang tempat pertama mendapat barang bernilai RM100.00
 2. Pemenang tempat kedua mendapat barang bernilai RM60.00
 3. Pemenang tempat ketiga mendapat barang bernilai RM40.00

Pemenang giveaway ini adalah dipilih berdasarkan kandungan entri dan info yg bagus mengenai produk. Sebarag soalan boleh menghubungi umie melalui WhatsApp/Line/WeChat/Telegram 013-4215713.

Giveaway contest ini bermula dr sekarang sehingga 14 November 2014 jam 12.00 tengah mlm. Pengumuman pemenang akan dibuat pada 16 November 2014.

Selamat Ber'Giveaway' semua..



Wednesday, October 15, 2014

Selamat Hari Lahir Ayah

Selamat Hari Lahir Ayah


Hari ini hari lahir ayah umie yang ke 79 tahun.
Lahir apda 15 Oktober 1935*

Moga ayah diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur.

Ayah umie adalah pesakit stroke.
umie pernah ceritakan sebelum ni mengenai ayah umie yang minum vivix untuk strokenya.

VIVIX Untuk Ayah



*bukan tahun sebenar, kalau ikutkan lebih tua dari tu.



Page : https://www.facebook.com/AthiyyahHannani
No. Hp: 013-4215713 (sms/whatsapp) - 013-8213930 (sms/call)
Emel: shafiedah_n@yahoo.com
COD: Putrajaya, Bangi, Sepang, Nilai, Banting
Pos: Ke seluruh Malaysia dan luar negara



Tuesday, October 14, 2014

Jerawat dan Hormon

Entry khas untuk anda yang mengalami masalah JERAWAT

Setiap wanita ingin cantik dan tidak semua orang dilahirkan wajah yang cantik dan sempurna.
Wanita ni sifatnya nak lebih cantik daripada orang lain. Wajah yang cantik itu satu pinjaman semata-mata dan bila-bila masa Allah swt boleh tarik balik keistimewaan itu. Perlu rasa bersyukur di atas setiap anugerah yang Allah swt bagi cantik atau tidak.



Baru-baru ni umie dapat customer baru yang mempunyai masalah jerawat. Jerawat pada dirinya agak kronik sebab sebelum ni kulit mukanya licin dan tiada jerawat. Selepas keguguran anak ketiga, dia mengadu jerawat yang datangnya entah dari mana merebak bagai satu virus pada muka dan beliau pun menghantar gambar pipinya yang berjerawat tu pada umie. Mukanya ditumbuhi jerawat besar merah-merah dan parutnya hitam..apabila di picit je keluar nanah dan berbau busuk.

So, dengan pengalaman umie dengan masalah kulit berjerawat ini, umie kongsikan beberapa suplemen yang boleh beliau amalkan.

Detox Toksin Dalam Badan dan Sembuhkan

Untuk permulaan umie suggestkan beliau untuk detox dengan alfalfa. Tujuannya agar apabila toksin telah dikeluarkan dari badan, maka vitamin akan cepat bertindak dan cepat serap pada badan.

Pada pemulaannya, beliau kerap kencing dan masuk minggu ke dua jerawat mulai naik lagi..kerap kencing dan jerawat mulai naik ini adalah disebabkan oleh krisis penyembuhan di mana suplemen tersebut beritndak terhadap badan beliau. Apabila jerawat mulai keluar, itu adalah satu pertanda yang baik bahawa suplemen tersebut bertindak balas.



Alfalfa juga boleh melawan alahan memandangkan beliau memang elergik kepada makanan laut.

Beliau juga mengamalkan pengambilan Vitamin C plus yang bertujuan untuk memperbaiki kulit dan kesan parut dari jerawat. Vita C ini dapat memulihkan dan meransang pembentukan kolagen. Ia juga dapat mencerahkan kulit, melambatkan penuaan dan menyekat pembetukkan pigmen yang menyebabkan jeragat.


GLA Shaklee Untuk Masalah Hormon

Memandangkan beliau pernah keguguran sebelum ini punca jerawat tersebut adalah disebabkan oleh masalah hormon. Umie pun pernah mengalami krisis jerawat yang teruk dan doktor pun mengesahkan bahawa umie mempunyai masalah hormon tak stabil, mudah stress, selalu tidur lewat malam dan juga disebabkan diet yang tidak teratur.

Alhamdulillah... setelah mendapat ID Shaklee... GLA adalah salah satu produk pertama yang umie amalkan. dan umie kongsikan juga masalah jerawat yang melanda umie sebelum ini.



GLA Shaklee ini diekstrak dari bunga Borage (bunga purple biru)yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Sebenarnya GLA Shaklee byk kelebihannya dari EPO yang berada di pasaran. Walaupun fungsinya agak sama tetapi EPO dihasilkan dari bunga Evening Prime Rose (bunga kuning) sahaja berbanding GLA yang lebih 3 kali ganda berkesan dari EPO.


Bagaimana GLA Complex Bertindak Dengan Jerawat?

GLA Complex ini dapat mengawal selia hormon dalam badan terutamanya hormon estrogen dan testosteron yang masing-masing ada pada badan wanita dan juga lelaki.

Masalah jerawat ini bukan sahaja di alami oleh kaum wanita bahkan lelaki pun turut mengalaminya termasuklah remaja lelaki dan wanita yang baru akil baligh.

Masalah kulit berjerawat akan menyebabkan kulit muka akan menjadi kasar, berminyak, kemerahan dan menyebabkan rasa keyakinan pada diri akan berkurangan. Ini akan menyebabkan anda akan kurang bersosial, sanggup membatalkan janji temu bersama-sama rakan di luar mahupun jiran tetangga. Ada yang sanggup untuk berkurung diri di rumah dan enggan berjumpa dengan orang ramai.

GLA Shaklee ini akan bertindak untuk mengurangkan imflamasi kulit, kegatalan dan kulit kering. Wajah akan menjadi lembap dan jerawat akan kecut. Umie telah menerima Whatsapp dari customer umie yang mengamalkan Alfalfa, Vita C dan GLA Shaklee beliau.


Umie rasa happy apabila menerima mesej daripada customer awal pagi. Alhamdulillah, umie memeng sentiasa mendoakan customer umie untuk pulih dari penyakit mereka dengan izin Allah swt.

Kepada anda yang mengalami masalah jerawat dan telah bertukar-tukar produk dan resultnya masih sama dan makin berlarutan, anda boleh mencuba Alfalfa, Vita  C dan GLA Shaklee. Untuk penerangan lanjut mengenai produk tersebut, boleh hubungi umie.

Sama-sama kita ikhtiar moga diberi kesembuhan..aamiin...



Page : https://www.facebook.com/AthiyyahHannani
No. Hp: 013-4215713 (sms/whatsapp) - 013-8213930 (sms/call)
Emel: shafiedah_n@yahoo.com
COD: Putrajaya, Bangi, Sepang, Nilai, Banting
Pos: Ke seluruh Malaysia dan luar negara

Monday, October 13, 2014

Pemberian Susu Ibu Versus Penyusuan Susu Ibu

Yes, puan mengandung


Apabila anda disahkan mengandung oleh doktor mesti anda telah bertekad untuk menyusukan anak anda sepenuhnya. Sungguh bertuah kepada anda dimana Allah mengurniakan anak dan memberikan penyusuan sepenuhnya kepada anak tersebut.

Selama 9 bulan mengharungi dengan penuh kesabaran, menyiapkan diri bagi menjadi seorang ibu yang terbaik. Sebaik sahaja bayi anda dilahirkan dan diletakkan di atas dada, suatu keindahan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Mulut kecil bayi menghisap payudara, dan inilah permulaan terhebat dalam kehidupan baru yang anda alami dan tidak semua orang akan alami.


Susu Ibu

Susu ibu adakah hadiah terbaik yang dapat ibu bapa berikan kepada anak mereka tanpa bayaran modal. Modalnya hanya ilmu dan kasih sayang. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi, bukan sahaja fizikalnya, malah yang lebih penting untuk emosi dan rohaninya.

Mamalia dan Penyusuan

Manusia antara mamalia paling primitif semasa dilahirkan. bayi manusia tidak perlu terus berjalan ataupun menjaga dirinya sendiri. Mereka juga tidak memerlukan susu yang tinggi lemak dan protein bagi mengimbangi suhu badan dan memperkuatkan otot. Dua tahun pertama selepas kelahiran adalah tempoh kritikal bagi perkembangan otak yang optimum. Susu ibu mengandungi asid lemak dan laktosa yang sangat penting demi pertumbuhan otak bayi.

 

Pemberian Susu Ibu Versus Penyusuan Susu Ibu

Penyusuan susu ibu bukanlah semata-mata memberikan susu ibu kepada anak, malah lebih dari itu. Pemberian susu ibu adalah simbol kasih sayang dan jaminan keselamatan. Disamping keghairahan ibu-ibu memerah susu untuk dijadikan stok susu, penyusuan terus dari payudara tidak wajar diabaikan.

Hubungan penyusuan pada payudara memberi kesan mendalam kepada anak. Interaksi ibu dan anak penting bagi menjamin tumbesaran emosi dan psikologi yang seimbang kepada kedua-dua ibu dan anak.

Tanda-Tanda Awal Bayi Memerlukan Susu

Sebagai seorang ibu haruslah memerhatikan pergerakan anak bukan melihat kepada jam masa sepatutnya anak itu ingin menyusu. Perhatikan tanda-tanda awal bayi bersedia menyusu:

1. Badan bayi bergerak-gerak
2. Bayi menggerakkan tangan ke mulut dan kadang-kadang meghisap tangan
3. Mulut bayi terbuka dan seolah-olah sedang menghisap sesuatu
4. Mulut bayi tercari-cari puting apabila disentuh

Tanda-Tanda Bayi Mendapat Susu Secukupnya

Tanda-tanda bayi mendapat susu yang cukup dapat kita lihat seperti berikut:

1. Bayi kelihatan kenyang dan tenang selepas menyusu. Biasanya bayi tertidur dan melepaskan sendiri payudara ibu.
2. Kulit bayi tegang dan lembap
3. Berat bayi bertambah mengikut umur

Penyusuan Selama 2 tahun

Baru-baru ini customer umie mengadu yang susunya semakin berkurangan dan anaknya baru  9 bulan. Kalau ikutkan nak menyusukan anak sehingga 2 tahun. Lagi pun anaknya adalah anak sulung.
Umie telah mengesyorkan kepada beliau dengan Set Menyusu Shaklee dan memandangkan beliau selalu penat dan susunya kurang.


Dengan adanya Set Menyusu ini dapat membantu beliau untuk kembali bertenaga, menghasilkan susu yang banyak, berkhasiat dan pekat. Dengan berbekalkan vitamin ini susu beliau mengandungi nutrien yang mencukupi untuk belian dan juga anaknya. Payudaranya juga cepat penuh setelah susu di pam.

Betapa pentingnya penyusuan susu ibu kepada anak sehingga 2 tahun supaya anak mendapat nutrien yang mencukupi, sihat, aktif dan bertenaga.

Walaupun umie belum berpeluang merasi saat manisnya menyusukan anak.. tp pengetahuan umie dalam memberi pendedahan secara teori kepada customer umie dan beliau telah mempraktikkannya, alhamdulillah..beliau berjaya dengan izin Allah swt untuk menghasilkan susu yang byk dan beliau sangat gembira.

Allah belum memberikan rezeki anak kepada umie tp Allah swt berikan anda untuk umie bantu anda. Selain adanya suplemen, umie juga membeli buku untuk pengetahuan umie sendiri mengenai penyusuan. Buku tersebut umie beli dari kawan ofis yang berkaitan dengan Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu dari Dr. Faridah Idris. Buku tersebutlah rujukan yang umie gunakan untuk membantu anda yang memerlukan. 

Sebarang consultasi lebih lanjut dan persedian untuk anda yang ingin menyusukan anak secara eksklusif selama 6 bulan dan diteruskan sehingga 2 tahun, boleh kongsikan kepada umie untuk umie bantu anda.




Page : https://www.facebook.com/AthiyyahHannani
No. Hp: 013-4215713 (sms/whatsapp) - 013-8213930 (sms/call)
Emel: shafiedah_n@yahoo.com
COD: Putrajaya, Bangi, Sepang, Nilai, Banting
Pos: Ke seluruh Malaysia dan luar negara



Thursday, October 9, 2014

Magic Session Magika Cery Si Kelip-Kelip

Alhamdulillah..settle sesi coaching bersama Kak Cery, Khamis (2.10.2014) minggu lepas.
Tak pernah bermimpi pun nak g coaching bersama beliau dengan beberapa member yang lain...

Member yang join tu adalah dari susur galur dari Master Laila, Master Zahirah@Ira.. umie pula adalah side line, level ke 6 bawah kak cery..

Seronok sangat dapat face to face bercoaching bersama beliau.. Group Jutawan Shaklee adalah di bawah pimpinan beliau..


Adakah umie akan jadi salah seorang Jutawan Shaklee seperti beliau?? 
(tolong doakan yer...aamiin)


 Thanks kak Raihanah sb jemput umie utk join group coaching ni..
Coaching pada hari tu memnag cukup best, rupa-rupanya tak semua benda kita dah buat..
mesti ada jer tak buat... Bak kata kak cery, tampar muka sampai sedar...hehehhe

nak jadi seorang yang hebat.. kena banyak membaca... 
benda ni umie akan sentiasa ingat.. 
baca al-Quran wajib..nak bagi otak ni connect dan berkembang lagi dan baca tafsir al-Quran baru faham maksudnya..

kalau ikutkan sesi coaching hari tu 1 jam jer.. start pukul 240 petang then habis jugak pukul 430 petang.. alhamdulillah.. byk jugak ilmu dibawa balik dah kongsikan dengan anak-anak buah shaklee yang lain... sepaya ilmu tu boleh digunakna untuk org lain..

Sebulum balik, kak Cery bagi souvenir
buku nota Magika Cery Si Kelip-Kelip, pen Jutawan Shaklee, pen Faizland, calculator, dan gelang yang dia beli dari Sabah.


 umie dapat extra gift sebab effective pada bulan lepas.
Lotion Himalaya Blue

Actually, umie ni jarang guna lotion..
kalau guna..guna kejap jer..
tp dah dapat hadiah dari org ni nak guna hari-hari.. 
sedap pulak baunya sb ada kandungan green tea.. tu yang sedap baunya tu..hehehe...


so.. sblm bertolak balik.. ambik gambar dulu bersama mentor Cery Si Kelip-Kelip
Hopefully ada next session lagi bersama beliau..in Shaa Allah..


Page : https://www.facebook.com/AthiyyahHannani
No. Hp: 013-4215713 (sms/whatsapp) - 013-8213930 (sms/call)
Emel: shafiedah_n@yahoo.com
COD: Putrajaya, Bangi, Sepang, Nilai, Banting
Pos: Ke seluruh Malaysia dan luar negara

Wednesday, October 8, 2014

Kolestrol??.. Oh TIDAK

Raya.. ramai yang makan ikut sedap tekak..
bertambah-tambah lagi.. lagi la makan macam-macam jenis daging..
boleh makan daging tp berpada-pada.. sekali makan ikut kuantiti yang sepatutnya dan bukan makan sb takut makanan tu habis di makan oleh orang lain.hehehe..

jgn tak tahu.. ada kawan fb umie kena hantar ke klinik sb tekanan darah tinggi dan doktor pun geleng kepala sb tekanan darah naik mendadak.. 

Anda pernah terfikir tak, macma mana keadaan lemak dalam badan kita.. cuba tengok gambar yang umie post kat bawah ni

 ni adalah contoh lemak pada daging.. 

ni keadaan bila lemak pada daging yang kita makan sblm di panas kan atau kata lain dalam keadaan sejuk..
apabila dipanaskan lemak tersebut akan dicair..

anda cuba bayangkankan jika lemak-lemak ni menempel di salur darah kita,


 lemak-lemak ni boleh jadi kolestrol yang akan block salur darah kita.
dari itu byk la penyakit seperti stroke, serangan jantung yang berlaku secara tiba-tiba.

Kita sendiri pun tak akan tahu paras kolestrol jika kita tak buat check up di klinik atau hospital.

bintik2 di sekeliling mata, tangan kebas-kebas, nyeri pada dada sebelah kiri..
inilah tanda-tanda kolestrol tinggi dalam badan.. cepat-cepatlah jumpa doktor.

kalau tak pun amalkan suplemen untuk block kolestrol dalam badan supaay x lekat dalam badan.

Suplemen yang dicadangankan adalah Omega Guard, Lecithin, Herblax dan Phytocol 
suplemen-suplemen ni pun umie amalkan jugak..

saper tak sayang pada badan diri sendiri kan... Anda bagaimana?


 
Page : https://www.facebook.com/AthiyyahHannani
No. Hp: 013-4215713 (sms/whatsapp) - 013-8213930 (sms/call)
Emel: shafiedah_n@yahoo.com
COD: Putrajaya, Bangi, Sepang, Nilai, Banting
Pos: Ke seluruh Malaysia dan luar negara

Tuesday, October 7, 2014

Makan-Makan Raya

Salam Aidiladha

hari ni 3nd day raya..masih ada yang raya lagi?
hari ni last day cuti sekolah dan mungkin ada yang masih menyembelih lembu dan kambing kan..

tahun ni umie tak dapat pun makan daging korban.. sb tak ada kat rumah.. keluar g beraya...
tp umie dah siap2 la masak makanan raya
ada kuah kacang, roti canai, nasi impit, ayam masak merah, sup tulang dan daging lembu..
menu banyak tp yang makannya 3 org.. 2 hari berturut-turut menghabiskan makanan tu..hehehe
Alhamdulillah, tahun ni umie beraya di rumah umie sendiri di Banting.. 1st time okay..
tahun-tahun sblmnya balik ke Batu Pahat

Awal dah sampai di Maskid KLIA
dari rumah dalam 10-15 minit jer...sblm pukul 730 dah sampai..

nak dijadikan cerita..dan dalams ejarahnya mak mertua umie kata, inilah 1st time dia solat raya 2 kali
Pak Imam tertinggal 5 kali takbir nak baca pada rakaat kedua.. dia terus baca alfatihah dan surah lain.. dah selesai 2 rakaat tu.. kami pun solat lagi sekali dengan tertib yang betul...alhamdulillah.. selesai
makanan wajib time raya di Sarawak
 Balik rumah terus menjamah makanan yang umie masak sendiri..
roti canai dan kuah kacang adalah makanan favourite umie kalau time raya..
makanan wajib bagi umie.. kalau raya kat Sarawak ni memang wajib ada..

dah settle makan rumah sendiri.. umie pergi beraya pulak rumah kakak ipar di Taman Melati..sempat gak la merasa makanan lain yang umie x pernah rasa..
makanan org Bugis
 ini namanya BURASAK atau ada yang panggil BURAS
my family in law asal Melayu dan Banjar.. tp Burasak@Buras ni makanan Bugis
time perayaan jer memang ada menu ni kalau org Bugis..
Burasak ni diimport dari Pontian by Pos laju..hehehe... jauh tu dtg KL..
Air tangan Ogy Ahmad Daud
 Ini pulak Sambal Goreng Saadiah dari air tangan Ogy Ahmad Daud
sambal ni sedap.. lauk dalam sambal ni ada paru, hati, udang, daging semua dicampur sekali
sambalnya pedas dan sedap..

Ni umie makan kat rumah kakak ipar...hehhehe


Disebabkan sup tulang tak habis lagi.. so sambung makan 2nd day raya..heheh
memandangkan duduk rumah jer.. 
husband umie memang suka makan sup-sup ni.. 
dan sblm makan.. umie dan husband dah siap-siap telan phytocol-st untuk block kolestrol.

Time raya gini la kita makan makanan macam-macam..
sedar tak sedar berat badan dah makin bertambah.. 
timbang time ni memang xda apa.. try timbang 2-3 hari lagi.. tengok jarum bergerak atau tak..hehehe

So, cadangan umie.. cadangan set slim ni bagi yang suka makan, kuat makan, nak maintain slim..
banyak dah testimoni yang berjaya guna set ni..

kalau nak consultation percuma dari umie, boleh jer contact nombor yang tertera kat bawah ni k...

No. Hp: 013-4215713 (sms/whatsapp) - 013-8213930 (sms/call)
Emel: shafiedah_n@yahoo.com
COD: Putrajaya, Bangi, Sepang, Nilai, Banting
Pos: Ke seluruh Malaysia dan luar negara




Monday, October 6, 2014

Happy birthday to me...

Banyak entri nak buat tp memandangkan selalu tertangguh dan dalam status draf jer dlm blog..
so hari ni umie nak marathon  mengupdate blog.

ni masih lagi cerita pasal 1st Oktober

1st Oktober 1981
now dah 33 tahun

Balik dari Shaklee...lepas hantar brg kawan di Petaling Jaya, umie terus ke KL..
Memandangkan hari tu birthday umie.. palan makan apa? nak makan apa? pun dah tak da idea sb every year buat benda yang sama.. angka pada umur semakin meningkat..

so seperti biasa g makan kek di Secret Recipe Maju Junction


ni kek Chocolate Ectasy
umie tanya kenapa namanya ectasy?
waiter tu kata sb dia byk dengan coklat...hehheh



dah tak tau nak makan apa.. makan jer la cordon bleu

pizza

 dan tak lupa dapat card dar my husband..
dia kata nak bagi bunga tp kedai tpt dia selalu beli bunga every year tu tutup pulak.. 
orgnya xda kat kedai.. so.. thn ni no bunga rose...
tp yang penting husband ingat birthday i kan..hehehhe

dah makan banyak2 gini.. sblm keluar rumah dah siapd ah telan phytocol.makan mcm-mcm kalau keluar dua dengan hubby.. nak makan apa-apa boleh je makan..

balik rumah terus makan omega, lecithin dan malamnya sblm tido telan herblax untuk flush everything yang umie makan yang penuh dengan kolestrol, lemak dan sebagainya..




Page : https://www.facebook.com/AthiyyahHannani
No. Hp: 013-4215713 (sms/whatsapp) - 013-8213930 (sms/call)
Emel: shafiedah_n@yahoo.com
COD: Putrajaya, Bangi, Sepang, Nilai, Banting
Pos: Ke seluruh Malaysia dan luar negara

Saturday, October 4, 2014

Borong Shaklee 1st Oktober

Alhamdulillah..
Bulan ni gerak awal dari sebelumnya..

1st oktober juga umie cuti

Setiap tahun umie akan bercuti pada tarikh yang sama...

Pagi-pagi keluar rumah.. sarapan kat kedai bersama husband.. 
makan nasi lemak dan roti canai..
Kalau time cuti, memang biasa tak akan duduk di rumah.. keluar rumah, jalan-jalan...makan-makan...

So, destinasi pertama adalah Shaklee
Settlekan order..
on the way ke Shaklee.. terima sms dari Shaklee..


ESP Promo Oktober 2014

 alhamdulillah