Monday, April 27, 2015

Meng'CHEESE' CAKE LELEH

Saper hobinya suka mencuba resepi? Sila angkat tangan...hihihi

Umie adalah salah seorang daripadanya...buat-buat..last2 yang makan husband...x habis bawa g ofis..heheh

Hujung minggu memang full sb kalau tak menjahit umie akan try resepi.. biasanya buat kek atau roti jer...



Ni kek cheese leleh yang umie buat hari ni...Resepi ni umie mintak dari kawan umie..

Nak resepinya ker? u all boleh tengok kat bawah ni okay...

Bahan untuk Kek:
 
1 kg tepung optima @ sponge
1/2 ketul butter di cairkan
10 biji telur
1 sudu ovalette
1 gelas air
sedikit esen vanila


Pukul telur, esen vanila dan ovalette sampai kembang. kalau x muat kena pindahkan ke bekas lainlah yer.. ni baru telur dan ovalette dah tak muat gini..heheh

Lepas tu masukkan butter cair, tepung dan air.. Pukul lagi sampai jadi sebati. Dah sebati, boleh masukkan ke dalam acuan. Kalu boleh guna acuan nipis ker dalam acuan 2' tinggi jer.. senang nak ngappp...

Untuk Topping:

1 buku cheedar cheese (umie guna jenama Bega)
250gm cream cheese
3/4 tin susu manis
kalau nak lebih manis boleh buat 1 tin

Cream cheese dan susu di pukul hingga kembang dan sebati.

Bakar kek dalam suhu 150 darjah dan 25 minit.. suhu ni bergantung kepada oven masing-masing. Kalau nak tahu kek tu dah masak.. boleh cucuk cengan lidi, kalau xda kek melekat pada lidi, so kek tu dah masak.

Biarkan sehingga kek suam barulah letak topping dan parutkan cheddar cheese atas kek tersebut.

So.. siap la kek tersebut...  

** kalau nak buat separuh adunan pun boleh semua bahan tu dibahagi 2... guna separuh dari bahan tu.

Lepas makan kek ni jangan lupa telan Lecithin dan Omega yer.. tak pasal-pasal berat naik mendadak kalau makan kek ni banyak-banyak nanti... Kalau rasa nak order Lecithin dan Omega tu boleh jer contact umie k..hehhehe

Sunday, April 26, 2015

No stress..keep fighting

Assalamualikum dan selamat berhujung minggu...

Dah lama umie tak mengupdate blog... banyak benda nak post tp masa tak mengizinkan..

Entri sebelum ni umie pernah post pasal TTCian kan... Ramai yang TTCian di luar sana termasuklah umie. Bak kata orang rezeki tu belum sampai lagi...tak jumpa tarikh yang Allah swt tetapkan lagi.. so yang penting no stress...keep fighting.

6 Tahun telah mendirikan rumah tangga..alhamdulillah, umie di jodohkan oleh Allah dengan seorang suami yang cukup penyayang, baik hati, penyabar dan banyak bantu umie buat kerja rumah.

Pernah suatu ketika dulu kakak umie pun lambat dikurniakan zuriat dan selepas mengambil anak angkat lelaki, beliau dikurniakan zuriat anak perempuan pulak.. sekarang anaknya dah berumur 21 tahun.



Hari tu umie pergi la ke tempat urut.. Mama Reflexologi kat Bangi... selalu pergi situ sb urut kaki jer..
Disebabkan tukang urut tu dah biasa dengan umie.. umie minta dia tgkkan kaki umie.. biasanya tukang urut ni nampak kat kaki kita.. pasal rahim umie.. katanya agak sukar gak kalau nak dapat zuriat..

Ohhh.. perasaan time tu Allah jer yang tahu.. umie tahan jer.. dalam hati ni dah menangis dah... nasib baik dia pandai comfortkan umie.. katanya, banyakkanlah berdoa pada Allah.. mana tahu ada rezekinya.

Sebelum ni umie pernah gak jumpa doktor pakar pasal masalah period umie yang bermasalah ni.. kalau period lebih dari 2 minggu.. itu pun kejadian tu berlaku pada tahun 2009..umie pernah bleeding selama 48 hari tanpa henti sampaikan doktor bagi ubat stopkan darah. Dah jumpa pakar, pakar kata tak da masalah cuma masalah hormon jer.. Apa yang u all buat kalau berada di tempat umie?

Sekarang, umie just continue makan GLA shaklee tu jer.. hopefully akan membantu dalam masalah hormon umie ni.. dan dalam pada masa yang sama kena turunkan berat badan jugak.




Inilah GLA yang umie makan.... makan tiap2 hari.. Nasib baik umie sendiri pengedar untuk produk Shaklee ni, dapatla harga ahli.. jimat la jugak berbadning beli dengan harga jual dan ditambah pulak dengan GST 6%..

Kalau saper-saper yang baca entri umie ni.. doakanlah untuk umie jugak yer.. bak kata org.. kalau dpt seorang anak pun dah syukur.. apatah lagi kalau ramai.. lagi la syukur..