Monday, February 20, 2017

Ramadhan Detox Meal Plan Shaklee

Sekarang ni dah nak masuk ke penghujung bulan Februari, dan ada yang masih merangkak lagi nak ganti puasa kan.. umie pun sama, tinggal beberapa hari lagi ni nak ganti puasa. Bulan Mei dah start puasa, so kalau nak ganti puasa tu kena start dari sekarang sebab tu belum lagi kira datang bulan, demam dan sebagainya lagi kan...hehehhe



Ok.. umie nak share kat you all pasal detox meal plan masa bulan Ramadhan ni memandangkan memang ramai yang tengah buat detox sekarang ni. Kalau bulan puasa, bila masa nak makan semua vitamin tu kan. Dan mungkin ada yang berhasrat nak start detox bulan Ramdhan sebab takut karang baju yang dah siap tu tak muat nak pakai sebab isi dan lemak badan terlebih kiri dan kanan.

Apa benefirnya kalau detox ni? 

Untuk pengetahuan you all, kita detox ni nak buang toksin dalam badan. Kalau toksin dah dibuang maka penyerapan nutrien atau vitamin yang kita makan tu dapat diserap sepenuhnya ke dalam badan. Kalau ada toksin yang menghalang penyerapan tu, maka tak ada guna la kita makan vitamin ataupun makanan tambahan lain kalau toksin masih ada. kalau tak 100% mungkin 90% dah kira syukur sebab nak kata 100% penyerapan pun tak boleh gak sb kita ni terdedah dengan alam sekitar yang mengalami pencemaran. Sebab tu ada orang kata, makan vitamin C setiap hari pun still selsema. Tau tak sebab apa? Sebab kita ni terdedah dengan pencemaran, jadi vitamin C yang kita makan tu pun tak dapat nak tampung kerana toksin dalam badan dah banyak pun 1 hal dan pencemaran di sekeliling kita pun antara puncanya. Bak kata orang, mencegah tu lebih baik daripada mengubati...

So, bulan Ramadhan ni antara bulan yang kita boleh buat detox sb kita tak makan sepanjang masa dan tak merokok kan. So elok sangat la tu.


okay.. ini adalah antara vitamin untuk detox tu. Ada Vivix, Alfalfa Complexs, ESP, Mealshake, Perfomance Drink, Pepermint Ginger, Lecithin, DTX Complex dan Herblax.

Masa bulan puasa, umie pun makan semua ni kecuali DTX dan Mealshake jer umie tak makan. Dan vitamin harian umie pun ambil tu jugak.

Kalau makan Mighty 3 Gems tu memang kenyang dan umie  biasanya akan tambah oat sb umie tak makan nasi time sahur. 

Lepas berbuka memang akan telan vitamin tu. Pepermint Ginger tu umie suka sebab biasa lepas berbuka perut akan jadi sebu seb seharian dah tak makan, jadi perut terkejut la kan.. Makan pepermint ni memang angin cepat jer keluar..heheheh

Herblax pun makan sebelum tidur ni boleh jadi alarm nak bangun esok pagi. Lawas jer terus ke toilet.

Tidur yang cukup pun juga penting. Kalau bangun awal bersahur ni, dapatla kita minum air kosong banyak dan kurang kan minum atau makan makanan manis sebab dikhuatiri akan haus. Amalkan jugak surah-surah dan masa bersahur umie selalu baca surah al-Khausar kerana maksudnya adalah Nikmat yang Banyak. Semasa berpuasa tu banyak Allah swt berikan nikmat pada kita.


Hubungi Umie 013.421.5713 (Whatsapp), COD sekitar Putrajaya, Banting, Nilai, Bangi

Sunday, February 19, 2017

Shaklee Halal Certificate

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..
dah solat Zohor ker? kalau belum, better pergi solat dulu yer.. semoga doa yang kita submit tu akan dimakbulkan kalau solat awal waktu ni.. aamiin..
Sekarang ni dah masuk tahun 2017. Setiap tahun segala permit, lesen, sijil kena renew. Serupa gak dengan Shaklee.. Certificate Halal Shaklee pun kena renew gak dan tamat tempoh pada 31 Disember 2017. Kalau ada yang masih ragu -ragu dengan halal produk shaklee tu boleh refer kepada sijil halal ni yer.

Mencari yang halal itu wajib.

So kalau ada yang rasa was-was lagi tu.. boleh rujuk list tu yer dan rasa teragak-agak nak order Shaklee dari kak umie yer...
Hubungi Umie 013.421.5713 (Whatsapp), COD sekitar Putrajaya, Banting, Nilai, Bangi

Sunday, February 12, 2017

Healing Crisis atau Krisis Penyembuhan

Eh.. dah berapa tak update blog ni? 

Ok.. sblm ni umie pernah update pasal healing crisis dan kali ni pun kak umie dah mudahkan untuk you all faham tentang healing crisis sebab baru kejap tadi ada mak member yang mengalami tangan kebas dan lenguh-lenguh lepas makan ostematrix. 
Kak umie pun dah jelaskan apa yang berlaku dan nampaknya dia pun faham tentang proses yang berlaku tu..
ni entri yang kak umie pernah buat sebelum ni pasala healing crisis jugak...

Healing Crisis atau Krisis Peyembuhan

Mungkin ada yang tak pernah try lagi makan vitamin shaklee sebelum ni kan.. ada yang stop terus sebab rasa macam x selesa.. ada yang mengadu pening kepala, sakit badan, lenguh-lenguh, kebas kaki dan tangan.
You all pernah dengar pasal healing crisis? atau dalam BM dipanggil krisis penyembuhan?
Vitamin pertama yang kak umie makan sampaikan dapat healing crisis ni adalah Ostematrix pada tahun 2013. Time tu pun promo Osematrix macam bulan ni juga.
Sangat bertuah yang dapat healing crisis ni. Baru kita tahu vitamin tu bagi tindakbalas pada sistem badan kita. Apabila vitamin yang kita makan tersebut memberi tindakbalas terhadap badan kita, itulah vitamin terbaik untuk kita.
Healing Crisis ni yang berlaku akibat daripada vitamin semulajadi yang kita amalkan bertindak untuk menyingkirkan toksin dan merawat kerosakan pada sel badan. Proses ini akan menyebabkan badan rasa tidak selesa dan mungkin demam atau sakit pinggang dan lenguh badan. Ini adalah tindakbalas normal untuk menyingkirkan toksin dari badan.
In shaa Allah, healing crisis ini tidak akan berpanjangan. Setelah semua toksin dikeluarkan, badan kita akan bertambah sihat dan bertenaga.


Cara nak kurangkan simptom ni:
1. minum air kosong banyak sekurang-kurangnya 3 liter air sehari.
2. kurangkan atau stop pengambilan kafein untuk memudahkan penyerapan vitamin.
3. berehat dan bertenang.

Hubungi Umie 013.421.5713 (Whatsapp), COD sekitar Putrajaya, Banting, Nilai, Bangi

Monday, February 6, 2017

Kidney Survivor

[Semangat yang belum hilang]
Apa yang umie nak taip kat sini mungkin agak panjang.. dan mungkin juga pendek.
Umie start join shaklee tahun 2013..masih bertahan sehingga kini..3 tahun dah berlalu..walaupun pembakar semangat ku untuk meneruskan Shaklee telah dijemput Ilahi ke tempat yang kekal dan abadi.
Kak umie dah plan nak supply suplement untuk mak dan ayah kak umie dan sebab itulah kak umie join. Dah tahu dah harga suplementnya dan sebab itulah kak umie ambik peluang nak jadi pengedar sambil-sambil tu bonus Shaklee boleh la kak umie guna untuk beli suplement untuk mak ayah kak umie.
Alhamdulillah.. rezeki Allah swt bagi memang kak umie boleh beli vivix dan suplement lain untuk mak ayah kak umie tanpa missed sejak tahun ke 2 join..every month boleh beli. Shaklee adalah satu bisnes yang stabil dan boleh dipercayai dan tak pernah lupa untuk bayar bonus setiap bulan.


Untuk makluman semua, mak kak umie yang dah pergi untuk selama-lamanya ke tempat yang kekal dan abadi pada 29 Disember 2016 (11.35mlm) dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Belawai, Sarawak pada 30 Disember 2016 bersamaan 30 RabiulAwal 1438H. Bagai luluh jantung ni mengenangkan mak kak umie yang pergi dahulu.


Mak kak umie ni kidney survivors.. masih menjalani dialisis (cuci buah pinggang) sejak 2 tahun yang lalu. 1st time mak kak umie buat AVF ni pada 28 Disember 2013. dan start dari situlah kak umie tak putus-putus supply vivix. Tetapi, Allah lebih menyayangi beliau. Mak kak umie rebah dan mengalami pendarahan otak kanan menyebabkan salur penafasan dari otaknya tersumbat dan membengkak. Mak kak umie admit di Hospital Sibu, Sarawak pada 24 Disember 2016 dan dibawa pulang ke rumah pada 28 Disember 2016.
Kak umie tengok balik entry post di blog kak umie.. sedihnya teringat kak mak.. betapa rindunya pada dia.. walaupun kak umie duduk jauh dari mak.. setiap hari/selang sehari kak umie akan call.. kalau time nak balik kampung tu.. seminggu sebelum balik, sehari 2-3 kali akan call. Sekarang... umie just ada ayah jer..
Setelah bercuti 2 minggu menguruskan urusan mak..kak umie kembali semula ke Semenanjung untuk menguruskan rutin seperti biasa. Mak kak umie lah yang memberi semangat untuk kak umie tak pernah putus asa dengan Shaklee. Kak umie akan tetap teruskan jugak. Sekarang ni ayah kak umie pulak yang masih amalkan vivix memandangkan ayah kak umie pesakit stroke.
Satu jer pesanan kak umie, jagalah orang tua kita selagi mereka masih hidup. Walaupun mereka nampak sihat, ajal dan maut tu di tangan Tuhan. Luangkan lebih masa bersama mereka.. bukan kekayaan yang mereka pinta tapi masa bersama yang lebih berharga.


Hubungi Umie 013.421.5713 (Whatsapp), COD sekitar Putrajaya, Banting, Nilai, Bangi

Sunday, February 5, 2017

Ostematrix Promo Best Februari 2017

Alhamdulillah... diberikan sifat kerajinan nak update blog lagi kali ni.

Memandangkan kita dah masuk 5 hari di bulan Februari, so umie nak war-warkan Promo Shaklee Bulan Februari yang semestinya best. Vitamin ni adalah vitamin wajib umie. Kalau mak ayah umie dah start consume vivix wajib ada dalam peti sejuk tu, umie pulak vitamin ni wajib untuk setiap bulan dan umie dah start amalkan 4 tahun tau.

Vitamin yang umie maksudkan adalah OSTEMATRIX. Entri sebelum ni pun umie pernah cerita jugak pasal Ostematrix ni. Oste nama singkatan untuk Ostematrix. Oste ni antara vitamin yang memang nampak kesannya apabila you all amalkan tau.

Kalau ada yang selalu lenguh-lenguh kaki, sakit senggugut, sakit gastrik dan yang terbaru dan tak terlalu baru, last year umie ada tertengok cerita katun. Katun tu ada mention lebih kurang macam ni..

"awak ni kekurangan kalsium sebab tu marah-marah"

Tapi nak kata sahih ke tak tu umie tak sure.. tp yang pasti, ume dulu memang suka marah tau. pantang sikit org tegur memang meleting je..tp sekarang ni boleh cool jer. mungkin sebab pengambilan ostematrix ni dah banyak, mungkin ada effect jugak. Kurang kalsium ni boleh menyebabkan depression jugak.. kalau dah depress tu no wonder la boleh nak marah-marah kan.. sebab nak salahkan orang lain jer kan..hehe.

kalau ada sebelum ni tak mampu beli Ostematrix sebab harga.. bulan ni shaklee dah buat promo, so tahap wajib dah nak grab 7 botol sekali gus sebab perlu bayar harga 6 botol jer tau. So jimat.. boleh jer kalau nak kongsi dengan rakan-rakan yang lain.



Kalau tak nak kongsi dengan org lain.. nak beli 2 botol jer pun dah ada diskaun tau.. beli 2 dapat less 5%, jimat lagi.

So apa tunggu lagi, patutu grab dah awal bulan ni sebab kalau dah ostematrix ni jadi viral.. OOS (Out Of Stock) kat hq Shaklee tau. Semalam nak g beli ke hq dah tak dapat sb kehabisan stock. Terpaksa order online pulak. tapi kalau dah nak sangat tu boleh jer order sendiri melalui online tau. UMie bagi link siap-siap kat bawah tu untuk you all order sendiri. dah order, nak dapatkan khidmat nasihat dan cara consume produk tu boleh jer whatsapp umie.

OSTEMATRIX BUY 6 GET 7
Hubungi Umie 013.421.5713 (Whatsapp), COD sekitar Putrajaya, Banting, Nilai, Bangi

Saturday, February 4, 2017

Wajib ada dalam peti

Almost 4 bulan tak berupdate blog ni... dah bersawang dah ye..
last update hari tu bulan Oktober 2016 then sekarang ni dah masuk Februari 2017.

walau pun tak aktif di blog.. umie still update page fb umie Vitamin Sihat dan instagram vitachat instagram.. kalau ada yang sudi follow, terima kasih yer.. i'll follow you back.

Dalam family umie Vivix memang dah tak asing lagi dah.. mak ayah umie start amalkan vivix ni pun sejak tahun 2014 setahun selepas umie join Shaklee.
Tahun 2013 pun umie pernah belikan jugak tapi tak kerap mcm tahun 2014. Sejak tahun 2014, income yang umie dapat dari shaklee tu lah umie gunakan untuk belikan vivix untuk mak ayah umie sehinggahlah ke hari ni dan sehinggalah mak umie meninggal baru jer sebulan lebih on 29 Disember 2016 dan dikebumikan pada 30 Disember 2016 dan ayah umie pulak teruskan minum vivix memandang ayah stroke dan alhamdulillah boleh berjalan lagi.

Tahun 2016 ni memang tahun yang sangat mencabar bagi umie. Kehilangan orang yang tersayang ni dan the only 1 and no other can replace her..al-fatihah mak..

Bulan November 2016 pulak husband umie kemalangan motorsikal dan langgar lari di Daerah Banting. Rasa luluh jantung mengenangkan husband yang cedera. Time driving dari Putrajaya ke Banting tu macam-macam benda yang difikirkan. Alhamdulillah husband umie tak perlu nak admit wad tetapi kecederaannya teruk jugak sb jahitan di muka, siku dan cedera teruk di atas tapak kaki.

Keluar jer dari hospital.. balik rumah umie terus bagi husband umie vivix ni. Nasib baiklah vivix ni memang ada stock dalam peti.
Vivix ni umie bancuh sikit dengan air sebab husband umie tak boleh nak buka mulut sgt then terpaksa guna straw. Umie konsisten bagi minum vivix setiap hari, alhamdulillah..husband umie tak nampak seperti orang sakit pun walaupun kesakitannya memang agak menyakitkan dari mata kasar kita yang tak mengalami ni.

Vitamin lain pun bagi untuk surutkan bengkak seperti Omega Guard, Vita c dan juga Vitalea.

Nasib baikla semua vitamin ni memang ada kat rumah dan umie memang amalkan so tak perlula nak buka botol baru.. alhamdulillah.

Sesuatu yang berlaku tu ada hikmahnya dan bersebab. Alhamdulillah, kami redha. Mungkin kita lalai, Allah swt kejutkan.

Pada sesiapa yang ada yang mengalami masalah kesihatan yang teruk seperti kemalangan, kanser, penyakit kronik yang lain sepertidarah tinggi, diabetes boleh try ikhtiar dengan amalkan pengambilan vivix ni. Vivix ni bukan sahaja untuk penyakit kronik tp nenek yang umur 90 tahun pun boleh nampak mudah 25 tahun dari umur sebenarnya tau.

ok.. tu jer la nak celoteh mlm ni.. tangan pun dah loteh ni..hehehe.. next time kita jumpa lagi k. Kalau ada yang nak order apa-apa tu boleh contact kak umie kat bawah ni okay...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
v
v
v
v
v
v
v

Hubungi Umie 013.421.5713 (Whatsapp), COD sekitar Putrajaya, Banting, Nilai, Bangi