Monday, February 6, 2017

Kidney Survivor

[Semangat yang belum hilang]
Apa yang umie nak taip kat sini mungkin agak panjang.. dan mungkin juga pendek.
Umie start join shaklee tahun 2013..masih bertahan sehingga kini..3 tahun dah berlalu..walaupun pembakar semangat ku untuk meneruskan Shaklee telah dijemput Ilahi ke tempat yang kekal dan abadi.
Kak umie dah plan nak supply suplement untuk mak dan ayah kak umie dan sebab itulah kak umie join. Dah tahu dah harga suplementnya dan sebab itulah kak umie ambik peluang nak jadi pengedar sambil-sambil tu bonus Shaklee boleh la kak umie guna untuk beli suplement untuk mak ayah kak umie.
Alhamdulillah.. rezeki Allah swt bagi memang kak umie boleh beli vivix dan suplement lain untuk mak ayah kak umie tanpa missed sejak tahun ke 2 join..every month boleh beli. Shaklee adalah satu bisnes yang stabil dan boleh dipercayai dan tak pernah lupa untuk bayar bonus setiap bulan.


Untuk makluman semua, mak kak umie yang dah pergi untuk selama-lamanya ke tempat yang kekal dan abadi pada 29 Disember 2016 (11.35mlm) dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Belawai, Sarawak pada 30 Disember 2016 bersamaan 30 RabiulAwal 1438H. Bagai luluh jantung ni mengenangkan mak kak umie yang pergi dahulu.


Mak kak umie ni kidney survivors.. masih menjalani dialisis (cuci buah pinggang) sejak 2 tahun yang lalu. 1st time mak kak umie buat AVF ni pada 28 Disember 2013. dan start dari situlah kak umie tak putus-putus supply vivix. Tetapi, Allah lebih menyayangi beliau. Mak kak umie rebah dan mengalami pendarahan otak kanan menyebabkan salur penafasan dari otaknya tersumbat dan membengkak. Mak kak umie admit di Hospital Sibu, Sarawak pada 24 Disember 2016 dan dibawa pulang ke rumah pada 28 Disember 2016.
Kak umie tengok balik entry post di blog kak umie.. sedihnya teringat kak mak.. betapa rindunya pada dia.. walaupun kak umie duduk jauh dari mak.. setiap hari/selang sehari kak umie akan call.. kalau time nak balik kampung tu.. seminggu sebelum balik, sehari 2-3 kali akan call. Sekarang... umie just ada ayah jer..
Setelah bercuti 2 minggu menguruskan urusan mak..kak umie kembali semula ke Semenanjung untuk menguruskan rutin seperti biasa. Mak kak umie lah yang memberi semangat untuk kak umie tak pernah putus asa dengan Shaklee. Kak umie akan tetap teruskan jugak. Sekarang ni ayah kak umie pulak yang masih amalkan vivix memandangkan ayah kak umie pesakit stroke.
Satu jer pesanan kak umie, jagalah orang tua kita selagi mereka masih hidup. Walaupun mereka nampak sihat, ajal dan maut tu di tangan Tuhan. Luangkan lebih masa bersama mereka.. bukan kekayaan yang mereka pinta tapi masa bersama yang lebih berharga.


Hubungi Umie 013.421.5713 (Whatsapp), COD sekitar Putrajaya, Banting, Nilai, Bangi

No comments:

Post a Comment