Thursday, December 25, 2014

BANJIR 2014

Alhamdulillah...alhamdulillah.. alhamdulillah...

Pada 16 Disember 2014 umie bertolak balik dari Kota Bharu, Kelantan jam 3 petang setelah 4 hari berada di sana. Percutian kali ni umie, husband dan ibu mertua umie menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur pada 13 Disember 2014, 6.30 pagi.

Banjir


Ya Allah sungguh besar kekuasaan-Mu.. Kelantan, Terengganu, Pahang dilanda banjir besar. Sungguh besar dugaan mereka.. Apabila umie tengok gambar yang di facebook Info Banjir Rantau Panjang dan kawasan sekitar Kota Bharu, sebak dan sedihnya mengenangkan mereka yang ditimpa dugaan itu.

Lebih-lebih lagi kawasan Rantau Panjang yang baru siap dengan bangunan baru dan kedai-kedai baru yang masih dalam pembinaan dah ditenggelami air.

Banjir 2014 menimpa Rantau Panjang





Banjir 2014

"Kenapa kak umie sedih tgk video tu?"

Umie tak boleh nak jawab...

Actually.. umie baru jer balik dari Kota Bharu dan ada beberapa kawasan yang umie familiar dah ditelenggami air terutamanya di kawasan bandar Kota Bharu, stadium dan Rantau Panjang.

Umie boleh imagine tempat tu.. tempat org meniaga, tempat org mencari rezeki.. sekelip mata Allah hilang nikmat rezeki itu..Masya Allah...


Moga Banjir Surut

Umie doakan semoga banjir di kawasan yang terlibat dengan banjir ini akan surut. Mari kita doakan semoga mereka selamat, redha dan sabar.




Page : https://www.facebook.com/AthiyyahHannani
No. Hp: 013-4215713 (sms/whatsapp) - 013-8213930 (sms/call)
Emel: shafiedah_n@yahoo.com
COD: Putrajaya, Bangi, Sepang, Nilai, Banting
Pos: Ke seluruh Malaysia dan luar negara

Monday, December 22, 2014

Kuala Terengganu Cuti-Cuti Malaysia Part 3

Assalamualaikum dan selamat pagi... Apa khabar? Moga sihat walafiat semunya.

Time ni musim banjeir di Terengganu dan umie baru balik dari Kelatan pada 16 Disember 2014. Time umie bercuti ke sana, hari sentiasa hujan jer.. tp tak lebat cuma renyai dan berpanjangan dan mlm sampailah bertemu malamnya semula..

Nasib baik time bercuti umie bawa bekalan vitamin terutamanya Vita C Plus untuk imun badan. Panadol dah lama tak telan. Biasa ambik vita c ni 2 biji tp kadang umie ambik dose lebih sikit sb kdg-kdg selalu bersin terutama sekali time cuaca sejuk.

Cuti-Cuti Malaysia Part 3

Sepanjang berada di wilayah Timur time cuti tu setiap hari hujan.. dari umie turun kapal terbang sehinggalah umie balik ke Kuala Lumpur. 

Di sebabkan dah sewa kereta, husband plan nak ke Kuala Terengganu yang mengambil masa 3-4 jam perjalanan dari Kota Bharu. Sepanjang perjalanan memang hujan renyai dan ada beberapa tempat air naik.


Umie bertolak dari Kota Bharu jam 8.00 pagi dan sampai di Kuala Terengganu jam 11.00 pagi.. Trip ke Kuala Terengganu ni adalah trip ke 2 umie sampai ke sana. Time tu umie ikut husband outstation pada tahun 2011.

Di Kuala Terengganu umie x berjalan sgt, hanya singgah di Pasar Payang. Kain kat situ memang cantik-cantik sgt. Umie pun ada beli sehelai jer batik cotton.

Umie bertolak balik ke Kota Bharu semula jam 5 petang. Dalam perjalanan pulang tu umie singgah di Pantai Rhu 10, Setiu.

Ikan Celup tepung (ICT)

Walaupun hari hujan, umie gagahkan jugak nak singgah makan ikan celup tepung ni... alhamdulillah.. kami jumpa kedai yang betul dan memang puas hati dapat makan.




Memang sangat berbaloi. Nasib baik jauh.. kalau tak tiap2 minggu umie pergi makan kat sini. umie ambik 2 ekor ikan kembung, udang 2 lidi, sotong celup tepung 3 ekor air teh o panas 3, semuanya rm68.00. Bagi umie harga tu dah berpatutan dan ikan, udang dan sotongnya still fresh sb rasanya still manis... i likeee....hihihihi

Selesai makan umie pun bertolak balik ke Kota Bharu. 

kalau ada yang baru 1st time ke Kuala Terengganu, better bertolak awal dan balik semula ke Kota Bharu pun sblm hari gelap sb bagi pengalaman umie sb umie dan husband tak familiar jalannya so beberapa kali jugak sesatnya terutama sekali kalau terjumpa bulatan. So sepanjang perjalanan memang akan selalu on Waze untuk check arah dan jalannya. Tp kadang-kadang waze ni pun pening pergi bawa ikut jalan shor cut ikut jalan kampung..heheheh

Sampai Kota Bharu hampir jam 9 mlm. So umie terus balik ke hotel nak rehat dan ready for the next trip to Rantau Panjang tomorrow morning.


Page : https://www.facebook.com/AthiyyahHannani
No. Hp: 013-4215713 (sms/whatsapp) - 013-8213930 (sms/call)
Emel: shafiedah_n@yahoo.com
COD: Putrajaya, Bangi, Sepang, Nilai, Banting
Pos: Ke seluruh Malaysia dan luar negara



Sunday, December 21, 2014

Cuti-Cuti Malaysia Part 2

Assalamualaikum dan apa khabar semua? Hopefully semua sihat. Almaklum jer la musim tak menentu dan hujan jer ni.. Jgn lupa amalkan vitamin c utk imun badan dan bulan ni memang promo Vita c Plus memang kaw-kaw murah.. 

Vita C plus ni boleh beli 6 botol dan dapat free 1 botol.. kongsi dengan kawan-kawan dan family sungguh jimat. Tak nak beli 6 botol boleh beli 2.. dapat less 5% lagi tu.. pun still jimat.

Cuti-Cuti Malaysia Part 2

Entri ni sambungan dari entri Cuti-Cuti Malaysia to Kota Bharu, Kelantan. Entri tu baru sekerat hari jer.. belum pun sampai sehari.

Actually, umie bercuti-cuti ni sb nak tgk negeri orang dan merasa makanan negeri tersebut. 1st time umie jejakkan kaki ke semenanjung adalah pada tahun 2006 dimana umie dipostingkan ke Putrajaya. 
Tak pernah pun umie buat survey makanan di semenanjung ni mengikut negeri masing-masing. Agak terkejut jugak ramai org kata Sarawakian ni tak minat pada makanan semenanjung dan pedas. Actually umie sgt suka..terutama sekali nasi kerabu dan laksam yang asalnya dari Kelantan.

No wonder la umie ke Kelantan ni nasi kerabu dan laksamnya sedap jer sb diorg memang pro masak masakan negeri diorg..hehehhe

Pasar Besar Siti Khadijah

Di Kota Bharu Pasar Besar Siti Khadijah ni antara tempat yang wajib di lawati. Rata-rata peniaga di sini adalah wanita.


1st day di Kota Bharu, umie dah melawat tapak ke pasar Besar Siti Khadijah ni. Rindunya pada tempat ni. Macam-macam diorg jual, sayur-sayuran, buah-buahan, makanan laut seperti ikan, udang, sotong.


Umie naik sampai tingkat 2 jer.. tak larat dah nak pusing. Ada yang jual barang-barang seperti periuk belanga, keropok kering, keropok lekor, asam jawa, serunding, kain batik sutera, crepe, jacquard dan banyak lagi lah dan kualiti kainnya cukup halus dan cantik.

Apa yang umie boleh simpulkan, Kelantan ni memang mewah dengan makanan. Nak cari makanan pun senang sb ramai Melayu yang berniaga. Tingkat bawah sekali pasar ni kalau nak cari kuih muih utk sarapan pagi memang byk di jual kat bawah ni.. kalau karipap pusing tu di Putrajaya rm0.50, itu pun kecik jer.. kat sini rm1.00 boleh dapat 4 ketul. Ketupat palas daging RM5 dapat 8 ketul. murah sgt dan kuih muihnya sedap. 

Kampung Kraftangan

Hari pertama di Kota Bharu ni, umie meronda di sekitar hotel jer.. hotelnya ni memang berdekatan dengan tempat-tempat bersejarah di Kelantan. Umie tak lepaskan peluang masuk ke Kampung Kraftangan. Uniknya di kampung ni, ada kedai makan. Namanya Restoran Nasi Ulam Cikgu. Restorannya ni menyediakan masakan asli Kelantan dan pelbagai jenis ulam-ulaman di sediakan. 

Kalau ke Kota Bharu jangan lepaskan peluang untuk merasa masakannya.


Husband dan ibu mertua umie berpeluang merasa masakannya dan harga pun berpatutan. Umie pulak just minum air sb kenyang lagi lepas makan nasi berlauk di Kopitiam Kita tu. masa yang sesuai untuk makan di sini dari jam 11 hingga 1 tengahari.. time ni dah makin ramai pelanggan yang datang untuk merasa masakannya. Sementara tunggu nak check in hotel.. umie duduk lepak di restoran ni memangkan cucaca mendung dan hujan renyai. Lagi pun hotelnya lebih kurang 500 meter dari restoran ni.. dekat jer.

Dah settle check in hotel 2.30 petang, umei rehart jap di hotel sb petangnya umie akan ke pantai. Salah satu pantai di Kelantan yang selalu dan menjadi Sebutan org ramai iaitu Patai Cahaya Bulan atau nama sebelum ni adalah Pantai Cinta Berahi(PCB)

Pantai Cahaya Bulan


Kali ke 2 umie sampai di pantai ni. Banyak jugak perubahannya. Ombaknya, anginnya.. tetap kuat seperti sblm ni.



Dah penat berjalan di pantai.. umie singgah minum petang jap. Sebeluk keluar dari hotel tadi umie dah telan 2 biji phytocol-st.

Balik dari pantai ni dah maghrib..plan tak nak makan nasi.. so kitaorg decide nak makan roti.. so pergi la makan roti tempayan kak ros.

Rupa-rupanya roti tempayan ni roti nan..hehehe.. tp kat sana panggil roti tempayan...
 
dah kenyang.. balik la ke hotel semula...Sampai hotel umie telan dah 3 biji lecithin dan 3 biji omega..alhamdulillah.

Segala perjalanan dipermudahkan. 

2nd day umie buat trip ke Kuala Terengganu pulak. So tunggu entri Kuala Terengganu pulak k...

Page : https://www.facebook.com/AthiyyahHannani
No. Hp: 013-4215713 (sms/whatsapp) - 013-8213930 (sms/call)
Emel: shafiedah_n@yahoo.com
COD: Putrajaya, Bangi, Sepang, Nilai, Banting
Pos: Ke seluruh Malaysia dan luar negara



Saturday, December 20, 2014

Cuti-Cuti Malaysia to Kota Bharu, Kelantan

Assalamualaikum...

Every year ada saja tempat nak pergi melancong... begitu juga dengan umie.. tak kisah la dekat atau jauh.. naik kereta atau naik flight..

Betapa beruntungnya umie kali ni sb every year kumpul duit untuk pergi melancong..alhamdulillah thn ni.. Shaklee support.. dengan duit bonus every month umie dapat 4 angka.. so boleh la pergi melancong.. tp setakat dalam negara jer.. luar negara perlukan byk prosedur kalau kerja dengan kerajaan ni sb kena declare...

Cuti-cuti Malaysia 

Tempat percutian kali ini adalah ke...

Kota Bharu, Kelantan..13 hingga 16 Disember 2014.

"Kenapa umie pilih Kelantan?"

Yess... soalan ni ramai yang tanya.. banyak-banyak negeri lain tapi Kelantan juga yang menjadi pilihan.

Kelantan adalah sebuah negeri yang bahasanya totally umie kurang faham dan ramai yang kata, kalau ke sana.. orang luar dr kawasan kelantan ni menjadi target peniaga untuk menaikkan harga barang.

Alhamdulillah...dari pandangan umie, Kelantan ni sebuah negeri yang byk dengan makanan dan penduduknya ramah..dan kalau diberi peluang.. umie nak datang lagi ke Kelantan dan inilah kali ke 2 umie sampai ke Kelantan iaitu pada tahun 2009...hampir 5 tahun.. dan umie excited nak tengok perubahannya.


Kota Bharu, Kelantan

Actually, umie dah beli tiket ke Kelantan ni pada bulan September dan dlm planning memang nak pergi bulan Disember dan umie tahu hakikatnya pada bulan tu adalah musim tengkujuh dan banjir boleh berlaku bila-bila masa.

Umie naik kapal terbang Air Asia dari KLIA2 ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu. Hujan renyai setibanya umie sampai di sana. Kereta sewa pun umie dah bookingkan sekali, begitu juga denga hotel bajet Mizwar Inn Hotel.

Mizwar Inn Hotel ni husband umie yang carikan di internet.. hotel memang bajet murah RM50/sehari, biliknya bersih dan tempatnya sungguh strategik berdekatan dengan Pasar Besar Siti Khadijah, Pasaraya Billion dan Mydin, Medan Selera, Kompleks Batik dan Kampung Kraftangan. Kalau anda nak hotel yang bajet dan strategik ni boleh try di Mizwar Inn Hotel ni.. Owner hotel pun baik dan peramah.

Kopitiam Kita

1st Day... sampai Kota Bharu pukul 7.30 pagi..Alhamdulillah.. perjalanan mengambil masa 1 jam jer naik kapal terbang berbanding naik kereta ambik masa berjam-jam...dan tiket pergi balik dari KL-Kota Bharu just RM150.00 sahaja.

Disebabkan belum breakfast.. umie dan husband dah listkan mana tempat breakfast yang sesuai dan nasib baik ada Waze yang boleh tunjukkan jalan walaupun kadang-kadang waze pun datang biul tunjuk jalan susah..hehehe


Maaflah gambarnya blur sikit sb tengah-tengah on the way ke kedai ni.. hujan renyai.. so kena jalan laju-laju..hehehhe

Sungguh memeranjatkan.. ramai giler orang.. tempat duduk penuh dan umie nampak ada beberapa org pun tengah menunggu turn nak dapatkan tempat duduk.

Biasanya pagi-pagi..kat Kelantan ni ramai yang ambik heavy breakfast contohnya macam nasi berlauk, nasi kerabu, nasi air dingin, nasi dagang. So.. umie pun tak lepaskan peluang untuk makan gak..heheh

Ni menu pilihan umie.. nasi berlauk ayam goreng. Di kedai Kopitiam Kita ni, umie dimaklumkan bahawa.. semua jenis makanan seperti nasi kat kedai ni di beli dari peniaga-peniaga terkenal di Kelantan.



Ini pulak roti gula majerin.. disebabkan masih hujan lebat.. umie orderla extra roti ni sementara tunggu hujan teduh.
 
 Ini pulak roti titab.. ni ada kat Kota Bharu jer... 
husband kata rasanya manis.. roti bakar, ada seri kaya dan telur separuh masak di atasnya.
Roti titab ni antara menu yang glamour di Kopitiam Kita ni.


Hari pertama umie dah makan heavy macam ni. Nasib baik hari tu umie dah bawa bekal vitamin seperti omega, lecithin, alfalfa, vita c plus, phytocol-st, dan ostematrix.

Setiap kali lepas makan, kena telan vitamin.. ohhhh.. no wonder la berat makin naik mendadak.. nasib baik perginya 4 hari.. belum lagi 1 minggu.. ada lagi makanan yang umie tak sempat nak rasa lagi.. maybe lain kali boleh pergi lagi ni..hehehhe

1st day dah panjang mcm ni entrinya..baru separuh hari...separuh lagi umie sambung lain kali k sb ada beberapa gambar umie ak tunjuk kat u all nanti.

Page : https://www.facebook.com/AthiyyahHannani
No. Hp: 013-4215713 (sms/whatsapp) - 013-8213930 (sms/call)
Emel: shafiedah_n@yahoo.com
COD: Putrajaya, Bangi, Sepang, Nilai, Banting
Pos: Ke seluruh Malaysia dan luar negara




Monday, December 1, 2014

Berakhirnya Promo Omega Guard

Promo Omega Guard

Alhamdulillah.. dah berakhir dah promo Omega Guard tahun 2014.
Umie pun baru settlekan semua Omega Guard yang di order pada 27 November 2014 dan brg sampai pada 28 November 2014.. tp umie tak dapat nak p ambik di Gdex sb masih bercuti di Sarawak.

So hari ni 1.12.2014 baru sempat nak pergi ambik kat gdex.. itu pun lepas balik kerja.
Alhamdulillah... dah settle dah 9 bungkusan barang nak pos esok...





Rasa seronok pulak buat bungkus membungkus ni.. kalau la tiap-tiap hari boleh bungkus brg nak pos kepada customer.. sambil-sambil tu kita doakan moga dia sihat dan dilimpahkan rezeki...aamiin...

Omega Guard Promo umie pun tinggal 2 botol jer lagi.

Berakhirnya Promo Omega Guard

Esok settle pos barang di Pos Laju Bangi.. so.. dah habis dah promo Omega Guard ni... rasa sedih la pulak promo omega guard ni dah habis... macam ramai lagi jer yang tak tahu tentang kewujudan promo omega guard ni..

Beli 6 botol free 1.. so dapat 7 botol

Beli 2(twinpack) dapat 5% diskaun pulak tu..

Semuanya menjimatkan..

Nak Join Mendaftar Shaklee


Nak lagi jimat.. pada pengguna Shaklee yang belum menjadi ahli(pengedar sah Shaklee)..wajib untuk mendafter sebagai ahli sb banyak benefit@faedahnya apabila menjadi ahli..

Pada yang nak join dalam group Shaklee umie... amat digalakkan dan di alu-alukan.. yuran pendaftaran pun murah jer.. RM65... kos penghantaran member kit ke Semenanjung RM10 dan luar dari kawan Semenanjung RM20.

Nak tahu lebihlanjut boleh hubungi umie seperti yang tertera di bawah ni...

Page : https://www.facebook.com/AthiyyahHannani
No. Hp: 013-4215713 (sms/whatsapp) - 013-8213930 (sms/call)
Emel: shafiedah_n@yahoo.com
COD: Putrajaya, Bangi, Sepang, Nilai, Banting
Pos: Ke seluruh Malaysia dan luar negara